Tuesday, March 12, 2019

kuat


kuat kau tak terduga
itu yang mampu dikata
terpancar setiap darinya

penuh dan sentiasa dengan senyuman
menutup segala mata mereka
serta rapat ditutup perasaan sendiri

"engkau kuat," kata mereka.

takkan ada yang memahami
kecuali yang melalui.

cukuplah untuk tahu
senyuman dan kuat yang kalian lihat ini
hanya untuk yang membesarkan aku
agar tidak risau anak bongsunya ini

aku baik-baik saja.
mungkin

andai sentiasa menunjuk lemah
aku tak akan mampu untuk mengukir senyum
aku tak akan mampu melalui hari demi hari.

andai aku berkongsi kisah hidup
sentiasa bergenang air di kelopak mata
akan aku pinta sentiasa bahu untuk melepas setiapnya bebanan hati
hidup tak akan seperti sedia
hanya diam seribu bahasa.

aku juga ada lemah terkadangnya.

kerna aku tahu yang aku kuat,
jadi aku sedia melangkah,
walau ada durinya,
harus tetap kuat,
kerna itu sahaja pilihan buatku,
kuat.





nota;
maaf kerana lama menyepi.
doa yang baik-baik sahaja, buat apa pun.

2 comments:

thankyou for spread the love!