Pergi.
Walau sejauh mana kau mahu.
Gapai segala cita juga inginmu.
Asal janji satu itu,
katanya yang engkau akan kembali.
Aku mahu itu satu ditunai.
setia,
teguh,
membilang hari malah setiap detikan jam dihitung,
bilakah agaknya wajah ku rindu bakal hadap di depan mata.
Tiada rayuan untuk mengingati aku yang di sini,
tapi juga berharap bakal lintas rasa rindu walau seketika cuma.
Tak mengapa jika tidak diluah,
cuma pinta bikin sesuatu yang perlu sahaja,
untuk aku yang di sini masih tahu dan sedar bahawa ruang masih ada,
setianya janji masih terikat,
dan dengan itu berdirinya aku teguh di sini setia.
Asal kamu kembali,
biar ditatap wajah rindu aku ini,
jauh rupanya segala yang berlaku tanpa terjejasnya jurang antara kita.
Biar.
Lakukan semua apa yang kau mahu,
bersungguh dan lihatkan hasilnya,
biar aku percaya dengan tidak sia-sia yang selama ini setia,
asal kamu kembali.
Biar langkah sejauh mana,
di bawah langit ini aku tahu kita masih bersama,
saling kelihatan kerna itu yang kita sering bersama,
tak mengapa ingatkan aku bahawa ini takkan menjadi yang sia-sia,
asal kamu kembali.
Asal kamu kembali,
wahai wajah yang ku rindu.
#wordsbyJA
100616