Saturday, March 16, 2019

Rumah Sarapan

Tak ada plan pun nak breakfast luar harini, sebab mood malas datang untuk bersarapan. Lagipun memang kebelakangan ni selalu lunch terus (brunch). Tapi disebabkan tiba-tiba kakak call minta tolong untuk ambik dia dekat Perodua, awal-awal pagi, jadi dia ajak pergi breakfast terus.



Rumah Sarapan, Sungai Petani is our choice for today's breakfast. Memang dah lama teringin nak cuba, akhirnya ada rezeki jugak. Dari nama pun dah boleh agak, cafe ni terletak dekat kawasan perumahan. Lebih senang, bersebelahan dengan Parkson Taman Sejati. Kalau yang dari jauh, boleh keluar dekat highway PLUS Sungai Petani Selatan. Sangat dekat dan mudah dicari.



Roti Kukus Telur Sambal Bilis
RM4.50

My sister order roti ni, katanya sedap sebab sebelum ni dia dah pernah makan sini dan menu ni tersenarai dalam favorite customers.  Sedap! Sambal best, pedas-manis centu. Portion pun besar, alhamdulillah kekenyangan katanya 😂 



Humpty Dumpty Plate
RM5.50

sebab nama comel... 
toasted bread + half boiled egg + baked beans + cheezy wedges = It suits my taste really well! 😍 
Ada pulak kacang panggang, memang menawan hati betul 💖 Dalam menu include hashbrown bukan wedges tapi mungkin jugak sebab waktu sampai situ dah nak dekat 11 pagi, mungkin habis tapi masih puas hati. Nampak macam sikit atau banyak? Tapi portion pun besar jugak bagi aku.


IndoMee Special
RM6.50
if I'm not mistaken

indomee always in list of favourite! Seperti yang dijangkakan, akan sentiasa sedap. Yang ni kongsi sebab order lambat, makan dua orang pun banyak.


Overall

puas hati dengan makanan, portion, tempat pun selesa 👍 Harga sangat berpatutan dan sangat kena dengan jiwa serta perut.

★★★★★

do you notice that this is my first post of foods...? 👀
I don't really great or have that ideas to describe but I will try my best for the next post about it!


__________


D e t a i l s ;

📍
C 182, Lorong 12, Taman Sejati Indah,
08000 Sungai Petani, Kedah.

📞
012-482 2957

Business Hours ;
7.30 AM - 11.30 AM
Closed on Tuesday

Facebook Page (here)
Instagram (here)

Tuesday, March 12, 2019

kuat


kuat kau tak terduga
itu yang mampu dikata
terpancar setiap darinya

penuh dan sentiasa dengan senyuman
menutup segala mata mereka
serta rapat ditutup perasaan sendiri

"engkau kuat," kata mereka.

takkan ada yang memahami
kecuali yang melalui.

cukuplah untuk tahu
senyuman dan kuat yang kalian lihat ini
hanya untuk yang membesarkan aku
agar tidak risau anak bongsunya ini

aku baik-baik saja.
mungkin

andai sentiasa menunjuk lemah
aku tak akan mampu untuk mengukir senyum
aku tak akan mampu melalui hari demi hari.

andai aku berkongsi kisah hidup
sentiasa bergenang air di kelopak mata
akan aku pinta sentiasa bahu untuk melepas setiapnya bebanan hati
hidup tak akan seperti sedia
hanya diam seribu bahasa.

aku juga ada lemah terkadangnya.

kerna aku tahu yang aku kuat,
jadi aku sedia melangkah,
walau ada durinya,
harus tetap kuat,
kerna itu sahaja pilihan buatku,
kuat.





nota;
maaf kerana lama menyepi.
doa yang baik-baik sahaja, buat apa pun.