Tuhan,
pintaku disaat ini
agar dipeluk jiwaku
erat hingga mencekalkan
simpul biar penuh kekuatan
menyeluruh supaya tiada kesakitan
dan berganti dengan senyuman
walau yang ditatap dari kejauhan
akan lagi teguh menanti kebahagiaan.
dan dari itu
kuatlah
demi jiwa yang perlu
demi perjalanan yang masih jauh
demi sekeping hati yang mahu mengisi
demi ruang yang bakal terbuka
dan corak kisah baharu yang bakal tercipta
dan dari itu
teruskanlah langkahmu
dengan sepenuhnya.
🌸
"For a flower to blossom, she needs to feel the wind and face the rain too." —Hotel Del Luna, Episode 8
bila nak berhenti, ingat kembali kenapa mula melangkah :)
ReplyDeleteKalau x kuat semangat, mgkn langkah tu akan terhenti. Atau, mulakan langkah yg baru
ReplyDelete