Tuesday, September 25, 2018

aku ada.

selalunya aku hanya minta untuk sentiasa ada,
khusus untuk orang-orang yang perlu aku.


tapi

aku mahu lenyap
buat seketika.

yang sentiasanya aku minta
biar ada aku saat mereka perlunya aku,
khusus.

kerna kosong itu juga sakit,
jadi aku mahu ada,
saat namaku dipanggil,
dan dinyatanya perlu.

katanya yang sentiasa,
— pinjam bahumu
buat buang setiap pekung di dada,
jadi tak mengapa sayang,
aku ada.

walau payah aku dengan rasa sendiri,
aku sedia menepis sedaya aku,
kerna aku mahu ada.


tapi

aku mahu lenyap
untuk seketika.


andai diri ini punya kuasa.


apa saja mahuku?


inginku agar dapat melihat seharian mereka,
yang sentiasa mahu aku ada saat jatuh
tapi tiada jejak saat aku perlu.


tanda tanya


adakah ketiadaan sementara aku itu terkesan pada jiwa?
atau bakal sedar bahwa aku juga yang sejujurnya,.....juga memerlukan.


ahh jiwa,
mari berjuang!

2 comments:

thankyou for spread the love!