mula-mula yang terpenting ;
#inibukanpaidreview
#bukanjugasponsor
#siscuba
sengaja nak pau cikgu (my sister) kita harini sebab sabtu ahad sekolah memang cuti, apa lagi memang tak dapat kesan muka dekat rumah jawabnya, merata nak pergi. Memang wajib kalau cikgu ni takdak program apa-apa maka tak lekatlah kat rumah, jadi marilah bershopping 💸
rancang lepas shopping memang malas nak makan dekat mall sebab nak tapau makanan memandangkan nak teman bonda kesayangan berbuka, keseorangan pulak nanti, kesian kesayangan kita tu (bodek bodek)
tengah asyik search restoran apa yang nak tapau makan, ternampak ramai pulak manusia keliling booth kecik ni, biasalah, siapa yang nak lepaskan peluang tengok macam excited ja manusia-manusia ni, baik pergi tengok, manalah tau ada sale, seronok jugak, haha.
oh, rupanya booth Savee Beauty ✨, lalu ini tuan punya badan turut serta dengan keterujaan yang berlaku. Add-on #FactAboutMe jap, j.lo merupakan seketul manusia yang amat obses dengan mask (tak kira face mask mahupun eye mask ye). Lagi teruja bila tengok harga, menjimatkan sungguh, penuh satu side dengan mask-mask yang memang banyak pilihan, rambang mata betul, banyak lagi barang lain selain daripada mask, ada jugak eyeshade, perfume, shampoo dan macam-macam lagi!
just a little purchase |
geram jugak tengok mask-mask banyak sungguh, tak beli banyak sangat pun sebab tak pernah guna, so kita try-try dulu yang mana nampak macam best. Oh untuk nak tahu maklumat yang lebih, boleh check laman web Shavee Beauty [ sini ] dan bolehlah cuci-cuci mata sikit tengok produk yang dikeluarkan.
hasil tangkapan yang berjaya ;
3D Paper Mask Series
1. Soy for spots elimination
2. Apple for anti-ageing
Face Mask
1. Rose for revitalises, firms & rehydrates
2. Lemon Vitamin C for lightens, whitens & rejuvenates
Pudding Scrub Gel Mask
Marine Collagen & Q10 for ultra moist and anti-aging treatment
setiap satu daripada mask tu hanya RM1, so beli lima 😁 yang paling penting produk Savee telah diluluskan oleh Good Manufacturing Practice (GMP) yang memang dijamin mengikut standard HALAL Malaysia 👍
tak cuba lagi mana-mana yang beli, kalau rajin bakal di-review-kan ye.
Sesiapa yang pernah try mask Savee Beauty boleh comment bawah ye untuk kongsi review 💗
tak cuba lagi mana-mana yang beli, kalau rajin bakal di-review-kan ye.
Sesiapa yang pernah try mask Savee Beauty boleh comment bawah ye untuk kongsi review 💗