Thursday, September 29, 2016
persepsi lain itu eksklusif
usap aku diriku sendiri, air mata mengalir di pipi, di sini tempat aku, bercampur kenangan pahit juga manis, bilik ini, segalanya tempatku.
Bermonolog aku dengan sendiri,
"jangan menangis sayang," menitis air mata.
"jangan lemah, kuatkanlah. Siapa lagi yang perlu beriak kuat kalau bukan kau?" air mata semakin laju membasahi pipi.
"ujian dari Allah, walau pedih kau tetap harus mengatasi," kata-kata lembut yang keluar dari mulutku sendiri makin menggetarkan perasaan, air mata lebat mengalir di pipi.
Selama ini kubiar sepi, diam, kaku.
terhadapnya si mereka yang berkicau sumbang,
ku tenggelam dengan segala.
sapaan kecil penuh tersirat,
menyedarkan aku yang hanya berdiri kaku,
bingkas aku mengatur langkah,
menegakkan tekaan serong di minda si manusia-manusia.
,
maaf tapi aku manusia
terkesan dengan kata-kata itu biasa
walau bagaimana hidup yang aku lalui
mohon diberi laluan
aku juga manusia
yang mahukan pengakhirannya bahagia
sama seperti kamu-kamu juga
,
hidup aku berbeza
berbeza yang bagaimana itu biarlah menjadi simpanan
lambat laun aku tahu ia pasti akan disiar
yang pasti aku tahu perbezaan yang sedikit ini berbeza
,
ibu masih lagi tenang sambil mencicah, aku bagai amat perlu perhatian darinya, tertekan aku menghadap seorang, aku perlu seorang untuk aku luah, kongsi bersama. Gesaan aku mengganggunya,
tersenyumnya ke arahku. Lalu, kata-kata menitir di bibirnya;
"Anak ibu, manusia takkan pernah berhenti, walau dia berhenti pasti sambungannya bakal muncul. Sekiranya benar disalah-salahkan, inikan pula yang salah. Ingat pesan ibu; antara kita yang bersungut susah semahunya ini harus sentiasa ingat ini, simpan dalam ingatan, jangan pernah terfikir susahnya kita itu adalah yang paling susah, yang pastinya di setiap susah kita itu pasti ada sekecil kesenangan, jangan pernah lupa yang pasti juga ada manusia yang lebih susah dari kehidupan kita. Seperti kita, masih mampu untuk memenuhi kemahuan diri kita sendiri, jangan bersedih ya anak ibu, ibu akan sentiasa ada,"
kata-kata yang menyedarkan aku, aku lupa segala ini.
(entah kenapa aku mahukan kisah lain bagai pengajaran di pagi Jumaat ini)
moga dimanfaatkan.
#wordsbyJA
290916
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nice post.
ReplyDeleteBetul tu disetiap yg ssh mesti ada jgk kesenangan..
Mayb kita rasa kita yg plg ssh tapi ada org yg lebih susah..
Good reminder dear,