Sunday, January 03, 2016

Tiga januari, 2016


Masa berlalu,
pantas begitu,
sekejap ku rasa,
sudah tiba pada tahun yang baru.

----------

Hari pertama sesi persekolahan, memenatkan, sungguh.
Dua-ribu-enam-belas, tahun penting.
Hala tuju,
pencapaian,
masa depan,
semuanya bakal ditentukan,
tak lama lagi,
oleh siapa?
sudah tentu diriku sendiri.
Aku yang bakal mencorakkan jalan hidup aku.
Aku yang harus struggle lebih untuk tengok potensi diri.

----------

Aku tahu aku mampu,
jika Tuhan permudahkan,
aku tahu itu.
Usaha tu datang dari diri sendiri.
Kita yang bakal menentukan semua,
Semuanya.

Kalau diri sekadar berteleku di atas sejadah,
menadah tangan memohon doa dari Tuhan,
tapi usahanya lansung tidak kelihatan,
sia-sia,
itu sahaja yang mampu diucap.

Kalau diri sekadar tiba-tiba,
alim pada tententu sahaja,
sia-sia.

"Peperiksaan itu bukan Tuhan,
 yang engkau tiba-tiba alim tidak mengena,
 pada itu-itu sahaja,
 padahal di hari biasanya diabaikan.

Difikir peperiksaan itu Tuhan, mungkin?"

----------

Tipu kalau cakap diri sendiri tak pernah buat sebegitu,
betul bukan?
Lumrah manusia.

Dengan adanya ini-ini,
berharap mampu kita terkedu,
lihat diri masing-masing,
ingatan buat diri sendiri,
terkadang juga pernah melakukan.

Sekadar menaip papan kunci dengan laju,
bagi mengingatkan antara kita,
manusia yang tidak sempurna,
sentiasa tersalah langkah.

----------

{Hari pertama persekolahan}
sesi 2016.
setiausaha.
kedudukan alaf 21.
#wordsbyJA
030116

No comments:

Post a Comment

thankyou for spread the love!