cuma dia yang sudah mengalah
aku sediakan dinding untuk setia
tapi dia sebaliknya
aku mahu berjuang
tapi dia menoktahkannya
pantaslah wahai hati,
ayuh kita pergi
tatkala tak mampu lagi aku berkata-kata
tatkala tiada daya untuk bersuara
tatkala semuanya bagai sudah berpaling sedia
yang dulu aku pikir sebaliknya takkan pernah tiba
rupanya semua benar belaka
aneh
lesap yang begitu sahaja
pengakhiran cerita
sudah dipenghujungnya.
(ada nota yang terselit dibawah buat semua)
mungkin ada yang punya salah sangka
memang semua 'puisi' ku terlalu banyak dengan dukanya
jangan bimbang ya
inspirasiku terlahir dari situ
masih punya pelangi di setiap hariku,
walau terkadangnya tak kelihatan
tapi masih terhias senyuman dibibirku.
semoga semua masih kekal setia bersama,
disini.
with 💛,
jijaahmad.
First of all, I really like that photo of yours.
ReplyDeleteAnd second, I love your poetry that I was in trance reading a few and lost track of time.
wow made my day! hi Tqa, thankyouuuu, that's great to hear ^^
Delete