pada malam raya tahun ini
tahun kedua tanpa ayah bersama
dan mungkin juga kerana tidak kemana-mana
tidak seperti tahun-tahun sebelumnya
masih sibuk kesana kemari
mencari kelengkapan diri
selagi belum raya
pagi aidilfitri juga serupa
buat pertama kalinya di rumah solat sunat bersama
tiada pula si lelakinya
kerana keluarga mewah dengan perempuan
lebih banyak air mata yang diisi seusai solat
bersalaman
berpelukan
ada hikmah yang baik terjadinya semua
untuk mengeratkan lagi
untuk lebih memahami
untuk sentiasa bersama
melengkapi seadanya
selalu berpecah sudah selepas bermaafan
tapi masih penuh kali ini
bergelimpangan di ruang tamu
paling santai
tengahari raya pertama baru bergelut bersama ibu
baru mula membuat ketupat 😅
biar lambat asal masih ada, katanya
nasib rendang sudah tersedia
nikmat dengan nasi panas
ah rindu rendang ayam hijau ibu!
nak request lagi rendang ibu 💚
sedikit gambar-gambar buat memori cov-eid 2020 (gitu 😂)
Raya pertama
menyempat ya anak menakan pau starbuck & pizza hut, nasib acu pun teringin kira on la, maka tak ada duit raya la yaaa dah belanja 😂😁
Raya ketiga
☑ eco shop
☑ green tea with cheese from White Mustache (⭐⭐⭐⭐⭐) (my all time favorite & go-to)
alang-alang berbaju kurung, photoshoot kejap - lighting toy shop pun boleh ya 😂
Raya kelima
loving my Baju Kurung Wardiya from Faizah Exclusive - super comfy and soft 💛
Selamat Hari Raya Aidilfitri to everyone!
I hope I am not late for wishing this.
#staysafe #takecare #togetherwecan
Comel gila blog!!! Also the pictures!! And you!! semua lawa!! SELAMAT HARI RAYA!!!
ReplyDeleteahahahaha you're cute. thankyou! Selamat hari raya jugak!
DeleteSelamat hari raya.... amboi anak saudara pau starbucks ehee
ReplyDeleteselagi dia tau acu dia ada duit lagi la kerap kerap craving macam-macam ahahahaha nasib la selalu jadi peneman untuk job, bagi reward sikit la hehe, btw selamat hari raya too!
DeleteSelama Hari Raya..Lama sudah tak singgah sini. Jaga diri ya. ~
ReplyDeleteSelamat Hari Raya jugak Zhi, selalu singgah blog tak seberapa ni hehe terima kasih ;) Jaga diri jugak ya!
DeleteSELAMAT HARI RAYA!
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Beeha ucapkan! ^^
ReplyDeleteSelamat Hari Raya jugak untuk Beeha! Take careee okay
DeleteSelamat HarI Raya..sempat lagi kan wish..hehe
ReplyDeleteeh mesti la sempattt! rayakan sebulan 😂😍 Selamat Hari Ray jugak yaaa
Delete