Wednesday, September 27, 2017

fish float

akhirnya!

entry yang telah diperam—



____

first day raya aidiladha memang selalu biasa-biasa, tak berapa meriah. Catat sejarah jugak sebab tahun ni aku lansung tak pakai baju raya, kawan mak aku datang pun bantal pakai baju biasa. Kakak-kakak dengan abang semua balik beraya sebelah mertua dulu, jadi hari kedua dengan ketiga baru berkumpul sikit-sikit.

Rasa kelainan jugak, mungkin sebab along (satu-satunya abang aku) cuti lama, walaupun tak keluar pergi mana-mana dengan dia. Tapi dia balik kali ni, memang sentiasa bawak anak dia kalau nak keluar, sebab memang jarang along nak ikut kecuali dia sendiri yang ajak atau semua adik-beradik ikut. Lagi pun, anjang (kakak ketiga) dapat cuti banyak hari jugak sebab patient tak ramai katanya.

Boleh dikatakan cuti sekolah aidiladha semua adik-beradik full berkumpul. Cadangnya memang nak pusing Penang, sebab memang ramai sedara tinggal sana, boleh ajak join pergi berjalan, lagi ramai lagi meriah. Tapi sebab mak aku tak berapa nak sihat, harus dibatalkan.

____

Disebabkan alang (kakak kedua) memang sentiasa ada, rumah dia dekat, dia suggest pergi swimming pool, sebab dulu, memang wajib kalau semua balik cuti, confirm akan pergi The Carnival—Sunway Lagoon, entah kenapa tahun ni terhenti terus pergi The Carnival 😞

Last-minute sangat suggestion ke Alang Kenari. Esok nak pergi, harini baru plan, nasiblah tak kena booked apa-apa since nak pergi swimming ja.
____

sedutan kisah baru masuk swimming pool.

"eecha, can acu (seketul j.lo) borrow your fish (float) ?"

*pandangan tajam tepat mengena j.lo*

muka dia tengok aku macam tengah cakap dalam hati,

"acu ni dah kenapa buang tabiat nak guna pelampung aku yang kecik sedangkan dia besar gedabak, eh eh eh dia ingat muat nak guna ke hah?!"

over sangat kau.

entah kenapalah dengan aku, tengok dia guna pelampung ikan tu comel sangat, padahal nak guna sebab nak tangkap gambar dua tiga keping, memang tak guna pun sebab kecik, dia punya renungan tengok aku tu lain macam 😂



h i !
ini j.lo bersama pelampung ikan kepunyaan eecha.



hai, ini eecha!
baru masuk kolam, muka pun tak teruja lagi waktu ni dan setelah digesa acu beberapa kali untuk menggunakan pelampung ikan, eecha kemudian beralih arah ke pelampung itik pula.


sedaya upaya berapa shoot try nak buat splash tu, gigih okay gigih.
m u a h a h a h a h a



okay, ini mika.
dari awal sampai nak balik, keterujaan yang tinggi, excited sangat, gigih nak jalan sendiri taknak guna pelampung lansung, tak bagi orang pegang dia, kena monitor dari belakang ja, seronoknya dia 💕


keterujaan baru sampai si eecha ni, terus turn on mood ikut abang dia, taknak guna pelampung.


paling hyper, yaya.


test lagi


my first niece, aisyah.





acik.

gambar dia yang sama banyak dengan anak menakan, since gambar semua dari phone aku, tak berapa teruja nak swim, banyak aku yang snap, gambar aku pulak yang sikit 😑



berehat kejap pekena aiskrim, memang nikmat.
abang ipar aku rajin pulak menyembang dengan pakcik jual aiskrim ni, katanya aiskrim homemade, tapi serius sedap! sedap dia rasa lain, dua kali jugak beli 👍

since dekat sini ada chalet, of course ada tempat boleh makan, yang sempat nampak dari jauh macam ada food truck, tak sempat nak tangkap gambar, truck dalam kawasan, tapi tak pergi tengok pun sebab sebelum datang singgah makan dulu.


nice view!


...
"nice la tengok semua gambar"
okay, angkat bakul sendiri.
untuk siapa yang pernah singgah instagram jarsofjournal [ sini ] ,  mungkin akan perasan aku banyak guna filter ACG, dekat VSCO. Selalu try untuk gambar scenery, buildings, etc, bagi aku nampak sangat nice. Filter ni sebenarnya collaboration NikeLab × VSCOfilter ni kalau perasan, ada sikit purple-ish shadow macam tu, so filter ni current favourite untuk guna.
#notsponsored

__________

Alang Kenari

Address; Lot 1964, Jalan  Yan, Kg. Acheh, 06900 Yan, Kedah.

Hours;
Sunday — Saturday ( 9:30  AM — 6:00  PM )
Closed: Tuesday 

Fee; 
Adult/Kids — RM5

__________


for more information;
Facebook Page Alang Kenari ; ( s i n i )

Wednesday, September 06, 2017

terbang

jika selepas jauhnya ini,
masih kau ingin aku menjadi segalanya penggalas
yang segala pemberat dibahu mu itu,
masih lagi aku mahu akur.

kerna bukan aku yang kepilkan setiap janji
yang sentiasa menebal acap kalinya bersua,
bagaikan dihidupnya harapan menggunung,
yang sungguh aku tidak dapat menyangkal bahwanya itu aku, 
yang dengan setia menunggu terciptanya janji-janji dilakar indah.

malang,
buat aku,
yang engkau hulur,
cebisan janji yang bagai dengan penuh riang ia bertaburan
setelahnya berterbangan senang,
terpaku aku bagainya tidak mampu mengeluar sepatah jua kata,
masih aku akur.

setelahnya semua,
dimintanya supaya aku yang memilih.

setelahnya semua,
masih aku yang harus memikul.

setelahnya semua,
aku sedia, biar aku yang ungkapkan ucapan.



biar aku sahaja yang terbang.



walau aku tahu isyarat dari kamu sudah lama,
yang dengan penuh akurnya aku,
setiapnya untuk kamu,
aku bakal terbang.


bebas.


setingginya mampu aku,
biar aku terbang.