Tuesday, August 01, 2017

tititp malam

aku kini mengatur langkah
mengubah jarak,
semampu jauh aku—seperti yang kau mahu
dengan semua yang kau tutur,
sedang aku cuba menghapus setiapnya
kau lihat aku diam tanpa maju lalu makin tegar menghiris jiwa senipis yang kau boleh.

tanpa yang pernah kau sangka, dalam langkahku masih penuh doa
pilihan diri yang kau telah pilih
katanya ini yang bahagia tercipta
heh, semoganya.

tajam aku mengena semoga kau merasa juga.

tiada bicara, tiada juga balah
bukan pilihan jiwa, tapi sudah dihiris
bukan salah sesiapa untuk dituju
terkena jiwa, parah menanggung
biar—

__
tanpa sedar, dititipnya setiap malamku
curahan jiwa laju mengatur langkah pena
menulis bait kata mengasari setiapnya helaian kertas.

__
entah mengapa, yang dulunya aku beria riang bagi segalanya juga
kini aku semakin tenang.

dan sedarinya aku dalam setiap titipan doaku seusai setiap solatku,
aku bermatian,
dipenuhi jurai air mata,
ya
Allah maha mendengar.

ketenangan tak terucap aku kecapi,
ya tuhan,
ini bahagia yang kau beri,
ini yang aku perlu lalui,
ini petunjuk-Mu yang begitu indah,
ini terbaik yang tercipta.

ya tuhan,
ketenangan terhingga ini,
semakin aku mahu memilikinya.

__
dan aku titipkan setiap malamku,
agar yang lainnya tidak bakal melaluinya perit yang dirasa.