Wednesday, May 13, 2020

cahaya yang hadir

mentari seakan mengerti
yang kini tiada perlu lagi mendungnya,
lalu muncul menyinar
menyimpulkan senyuman dariku

siap sedia aku bangun
terus mengatur langkah
maju bersama kekuatan
kemas berpimpin serentak

tanpa yang aku sedar
kekuatanku tiada pernah kecundang
cuma dipilih yang salah sebaliknya
olehku

angin cuba untuk menahan
namun aku lebih dari segala
mentari masih setia ada
ditemani pelangi yang menjelma
selepas hujan ia pasti ada

memeluk hati ini.

indah sekali rasa
hati tumbuh semula
dengan penuh doa
akhirnya kembali semula.

biarlah begini senantiasa,
aku selesa begini saja.

terus
tersenyum,
karna indah darimu itu ada.

ahh rindu pada kampung sudah bertandang lagi!

6 comments:

  1. drop by just to wish Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry for the late reply, Selamat Hari Raya too!

      Delete
  2. senyum2 selalu walaupun kita kadang tak mampu nak senyum..

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya awakkk :) Comelnyaa diaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat, selamat hari raya jugak yaaa~ 🌹

      Delete

thankyou for spread the love!