Friday, July 17, 2020

rahsia hati

dan dalam diam-diam
aku kirimkan hatiku kepadamu
ketika kita melewati hari-hari
dan dengan harapan
agar tidak kau pulangkannya
saat sudah kau sedar dengan pilihanku

kamu menjadi pilihanku

walau episod akhir indah aku nantikan
takkan ada yang aku mampu ketepikan
biarlah semua dengan penuh keikhlasan
agar tiada penyesalan

kau sentiasa setia dalam menjadi pilihan

hadirmu tiada dalam pintaku
masih aku ingin memperbetulkan tujuan dan cara
kehidupan masih penuh dengan impian
cita-cita yang menggunung ingin aku capai

tanpa yang aku sedar
semangatku sedia makin mahu berjuang
makin ingin bekerja keras
buat angan-anganku yang sudah beralih,
buatmu.

indah sentiasa fikiran terkenangkan pilihanku

akan aku kekalkan dalam ingatan tentang kisah ini
akan aku ketepikan luka dan sakit darinya.

mengenalimu itu indah.
aku pernah bahagia dalam kisah kita.

selamat jalan pilihanku yang jauh dari nyata.

moga yang baik-baik sahaja buatmu,
itu yang aku doakan senantiasa.


Get over your tears,
face the truth,
let it fade.

Biar sabar memberikan jawapan.
Biar doa menunjukkan jalan.
Biar takdir menentukan tujuan.

 Sederhana Indah (Tumblr)

6 comments:

  1. let it fade and not hurting anymore

    ReplyDelete
  2. mengenalimu itu indah..

    aduh...teringat akan org kita sayangi..

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama juga disini, tak mengapa, biar semua tersemat buat kita sahaja

      Delete
  3. setidaknya, aku pernah bahagia.

    ReplyDelete

thankyou for spread the love!