Wednesday, February 26, 2020

MATTA Fair coming soon




MATTA Fair akan datang tidak lama lagi!

MATTA Fair?
Sedikit info disini, MATTA Fair (Malaysia Association of Tour & Travel Agent) adalah sebuah organisasi yang mempunyai ahli-ahli daripada agensi-agensi pelancongan yang terkemuka di Malaysia termasuklah daripada pihak Tourism Malaysia.

MATTA FAIR 2020

Tarikh: May 2020
Tempat: Putra World Trade Centre

Bagi yang suka travel (macam diri sendiri), mesti sedikit sebanyak tahu tentang MATTA Fair dan akan tertunggu untuk MATTA Fair promotion tahun ini.

Kenapa?
Kerana MATTA menyediakan pameran yang terlalu banyak pakej perlancongan yang menarik dengan harga yang murah dan berbaloi!

Bagi aku, melancong sangatlah bagus untuk lari sekejap dari kesibukan harian, rehatkan minda, gembirakan hati sendiri dulu sebelum jaga hati orang lain (eh?) 😂 Boleh jugak meluaskan pandangan, singgah di tempat-tempat menarik seperti tourism attractions atau hot/popular places yang selalunya terkenal di kalangan penduduk tersebut, food hunting (of course!) dan tak lupa jugak photography! — ootd, scenery, building, semua la yang menarik perhatian untuk disimpan sebagai kenangan which is akan menjadikan percutian lebih menyeronokkan!

me, jija

my niece 💕

Berbalik kepada MATTA Fair, basically ialah pameran pelancongan yang akan ada banyak agensi-agensi pelancongan dari dalam Malaysia sehingga luar negara dan juga menyediakan pelbagai tawaran pakej melancong ke destinasi-destinasi yang menarik di seluruh dunia.
Semua ada  Asia, Eropah, Australia dan banyak lagi!

Tapi, sebelum tu, jangan lupa tetapkan destinasi yang akan dituju bagi memudahkan lagi keputusan yang akan dibuat. Percayalah, akan ada pelbagai tawaran dan pakej-pakej menarik yang bakal anda berdepan dan susah untuk menolak 😳
Harga 'kaw-kaw' punya dan yang sememangnya lain dari laman web atau apps! 😱


cepatttt check out MATTA Fair tak lama lagi!


Untuk percutian antarabangsa 2019, MATTA ada mengeluarkan laporan yang telah mencatatkan Taiwan menjadi destinasi tumpuan bagi para pengunjung. wow! Selain Taiwan, Negara Jepun, China, Korea, Perancis dan Turki juga mendapat sambutan yang tinggi.
Agak-agak tahun ini destinasi ke mana yang akan menduduki carta nombor satu ya? ðŸ¤”Pasti akan lebih ramai menantikan tawaran-tawaran menarik dengan harga yang berpatutan pada tahun ini untuk percutian ke luar negara.
Jadi, jom ke MATTA Fair dan jangan lepaskan peluang yang ada!

Tak ketinggalan dan takkan lupa pada percutian dalam negara yang dirumuskan Kuala Lumpur menjadi destinasi tumpuan pengunjung-pengunjung yang hadir pada tahun lepas (2019) diikuti Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan banyak lagi.

Ada yang teringin untuk ke pulau? Pulau Langkawi? Pulau Tioman? Ada.
Theme park? Tempat bersejarah? Semua ada!
Tunggu saja akan datang tidak lama lagi, MATTA Fair ✈


Yang terakhir, saving the best for the last, berita baik untuk semua umat Islam di Malaysia yang berniat untuk ke tanah suci, boleh survey harga pakej umrah yang akan ada di pameran MATTA Fair, mana tau niat baik yang dibawa bersama akan mendapat berita yang baik jugak, kan?

Kadang perancangan-Nya itu selalu baik, sentiasa baik 💓
Semoga dipermudahkan semuanya 💓

Last but not least, untuk sesiapa yang confirm tak dapat hadirkan diri ke MATTA Fair tak lama lagi, jangan risau yaaaa. Traveloka kan ada! gituu.

Google > search cheap Singapore Airlines promo > enter   (Make sure Traveloka)

Dekat situ akan jumpa jugak pakej dan tawaran yang berbaloi, masih dengan harga yang sangat menarik perhatian ya, tak lari jauh dari harga yang akan diberikan ketika berlansungnya pameran MATTA Fair nanti. Untuk yang busy, tak boleh di tempat yang terlalu ramai/crowded atau takut pening nak buat keputusan sebab ulang alik tak boleh nak pilih mana satu dan balik dengan tangan kosong, silalah bertandang ke Traveloka. Boleh teliti, lebih banyak masa, dan yang paling penting  tiada gangguan 😂

Kalau tak percaya, bolehlah rajinkan jari sekarang untuk search ‘Traveloka’ di Google ya.



Terima kasih setia sehingga sini!

2 comments:

  1. Tak pernah pegi MATTA fair ni. takut terpengaruh sampai tak ingat dunia Ha ha.
    BTW Im your follower no.264 ya.

    from:
    www.cialah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai shades please HAHAHAHA. thankyouuuuuu^^

      Delete

thankyou for spread the love!