semakin jauh.

aku cuba.

pertamanya;
aku biar dia terbang tinggi
di dada langit aku lihat dia sepertinya puas
bebas dari kata-kata aku yang membelit
tak mengapa,
asal masih dapat ku lihat indahnya dia yang gembira

malangnya,
aku tidak mampu mencuba untuk yang kedua.

jauh.
semakin jauh.

sudah tidak dapat aku lihat bayangan indahnya
aku mula merindu
segera aku mencari tali ikatan yang kita bentuk bersama

musnah.

rupanya terlerai ikatan kukuh yang aku cuba ketatkan
engkau membawanya bersama
terbang jauh
hilang dari pandangan mata

beratnya rasa ini,
rebah aku seorang diri
menanggung derita yang semakin tidak terucap

tatapan memori belayar di minda
susah payah aku cuba untuk tersenyum meniti ingatan memori

indah.

seketika perjalanan pahit yang aku tempuh ini
mulai dirasai bagai dilahir semula

aku bagai merangkak-rangkak sedangkan mahu berjalan laju dari lakaran indah-indah ini,
aku bagai mula belajar berlari-- terima perkara baru,
sudah menepis ingatan lalu yang acap kali sentiasa mekar,
namun tidak mampu aku untuk membuangnya jauh,
lalu aku abadikan sebagai kenangan pahit yang suatunya ketika dahulu pernah membuat aku bahagia.

terima kasih,
walau jauh,
semakin jauh,
     hilang dari pandangan mata.



8 comments:

  1. tengah sedih ke dear ? beautiful word tapi bunyik sedihh sangat huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha no laa- poem kalau masuk bab sedih dapat pikir laju je hiuhiuhiu so terus update entry

      Delete
  2. Replies
    1. awh not so, some ideas across in my mind & form it here, btw thankyou for the compliment! ;)

      Delete

thankyou for spread the love!