tanda tanya

Aneh aku pada yang mulanya hanya percakapan biasa-biasa, tibanya bertukar menjadi serius lalu beralih menjadi sebuah pertelingkahan.

Bukan itu yang dimahu.

Aneh aku pada mereka yang beriak biasa. Tiada dipedulinya apa mahunya juga, seperti tidak pentingnya mereka padahal bila jauh dari mata, tidak sudah kelihatan, baru menyesal jatuh bertahun lama.

Apa mahu mereka?

----------

Aneh aku pada mereka yang membawa tebal kisah palsu. Kehulur, kehilir. Dibiarkan tersebar serata biar ditarik segala perhatian yang ada.

Apa mereka dapat?

Aneh aku pada mereka yang sering berkata-kata tinggi pada belakang, sekali ke hadapan mulut juga tidak mengeluar suara. Tidak bergerak mulutnya bak si bisu.

Diam, rapat.

Aneh aku pada mereka yang gah mengusung berjebah cerita, dijaja tanpa dipikir apa mungkin pada mereka yang lain. Bagai sentiasa pada yang lain tidak kena, hanya diri yang sempurna.

Menggeleng aku.

Biar.

Alah, siapa jua yang sempurna, bukan?

Ikhlas di sini bukan untuk sesiapa, tapi jika ada tulisan yang terkena pada jiwa, maaf.

Buat diri sendiri yang kadang terpesong,
masing-masing,
tolong ingatkan ya.

Em,
kebaikan kalau diajaknya seramai yang lain, lebih baik bukan?
#wordsbyJA
250616

5 comments:

  1. you are so talented in writing. anyways. thank you for reminding me.

    ReplyDelete
  2. jangan jadikan kata2 mrk sbg kudis utk kita..

    ReplyDelete
  3. indah sekali bahasa. great!

    http://sarahhijabista.blogspot.my/

    ReplyDelete

thankyou for spread the love!