Mesej dari whatsapp group

group whatsapp kelas yang sememangnya tak active sangat tiba-tiba sakan laju je ada chat. Kelmarin--
awal-awal pagi pulak tu. Mestilah rasa pelik kan, ke aku yang pelik? Macam mustahil la budak-budak kelas aku ni apahal rajin sangat pepagi, selalu kalau nak bergaduh-gaduh manja pun malam-malam ja (redha), memang akan hang handphone semua orang. Akibat daripada musykil yang melampau, laju tangan aku check handphone.

--------------------------

jodoh, pertemuan, ajal, maut, semua di tangan Tuhan. 
Salah sorang sahabat, telah kematian bapanya. 

Hari Rabu lepas Hari Kokurikulum sekolah. Gelak sakan ja dia, happy. Tapi esoknya, si ayah telah pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Laju tangan aku menaip ucapan takziah kepadanya, rasa tak sesuai untuk aku telefon dalam keadaan waktu begitu. Itu saja yang aku mampu buat sebagai seorang sahabat, tak terdaya, dengan harapan dia tahu akan ada orang yang sentiasa disamping ketika susah, senang, sedih mahupun gembira. Besarnya dugaan Allah nak bagi. Tak dijangka, memang takkan sesiapa pun jangka. Siapa yang akan kuat. Tahun ini tahun yang penting untuk kami, SPM tak lama lagi bakal menjelma. Aku hanya mampu selitkan doa untuknya, semoga dikuatkan semangat untuk melalui hari-hari yang akan mendatang.

--------------------------

Hidup ini memamg penuh kejutannya,
cuma isi dalam kejutan itu seperti apa itu yang tidak kita ketahui.
Ajal itu pasti.


Bila aku sudah tiada
simpan semua kenangan kita
jangan ditangis selalu
sisipkan namaku disetiap doamu
moga kita bertemu di sana
yang bahagia selamanya.



Al-fatihah

1 comment:

  1. Salam takziah juga
    Semoga dia terus tabah dan kuat :(

    ReplyDelete

thankyou for spread the love!