Sunday, December 20, 2015

ingat-ingat


diingat bakal baik-baik,
dengan semoga sentiasa baik-baik,
juga kenapa tiba-tiba datang,
musnah habis bangun berselarak dek mimpi buruk yang datang.

fikiran mungkin,
rindu terlalu mungkin.

telefon di atas meja,
laju sahaja berlari mendapatkan,
menyentuh skrin kasar begitu,
gelisah terjadi sesuatu.

diucap senang,
tidak mengapa-mengapa disana,
juga masih menitip salam rindu,
pengubat diri buat yang jauh menunggu.

senang hati,
rindu juga berlagu sekali,
bila hendak ketemu lagi,
wahai kekasih hati?



bila jauh, rindu terlalu. bila dekat, kadang dek je. rindu sentiasa je sebenarnya.
Perempuan, alah ego katakan. 
#wordsbyJA
201215

No comments:

Post a Comment

thankyou for spread the love!